Friday, September 21, 2012

Sakit Hati ke?



Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat. Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa  ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia. Apatah lagi,  manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.
Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam. Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya. Na’udzubillaahi mindzaalik.

Bagaimana menangani rasa sakit hati..?

1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.

2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang

3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.

4. Memupuk Sifat Pemaaf.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

5. Berprasangka Baik.
Tentu, perkara ini  yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.

6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

Biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..

Sunday, September 9, 2012

Hypocrite!


Hipokrit, ialah satu kata sifat bagi seseorang yang sedang bertindak tidak selaras dengan hati atau menyembunyikan perilaku yang sebenar dengan tanpa niat untuk berubah. Mudah difahami, seseorang yang sedang berlakon menjadi orang lain, sedangkan sikap yang sebenar adalah berlainan. Hipokrit dalam islam, lain maksudnya.


Persahabatan, perkara pertama yang mempunyai banyak kaitan dengan perkara hipokrit. Sama ada hipokrit dalam layanan, percakapan, ataupun tingkah laku semasa bersahabat.

Hipokrit dalam persahabatan akan menjejaskan kesefahaman antara sahabat , dan lambat laun,kemesraan dalam persahabatan akan hilang. Daripada nilai kuantitatif yang terkumpul di dalam kebanyakan laporan permasalahan rumah tangga ialah berpunca daripada salah faham. Masakan perhubungan yang kuat, diiktiraf, dan mengenali antara satu sama lain seperti 'rumah tangga' pun goyang kerana salah faham, inikan pula persahabatan yang terjalin hanya daripada berkenalan.

Penting dalam persahabatan untuk dimulakan dengan sifat yang ikhlas dan telus. Ini akan memudahkan proses untuk mengenali antara satu sama lain, dan kemesraan akan muncul jika kena pada caranya, dan orangnya. Tidak semua orang sama, mungkin bagi sesetengah orang, pendiam itu bagus untuk dibuat kawan, manakala mungkin bagi yang lain, yang aktif itu pula bagus untuk dibuat kawan. Jadi, tunjukkan diri yang sebenar semasa bersahabat, dan insyaAllah, ukhwah yang terjalin akan selamat. 

Tetapi, jika kita tidak tunjukkan siapa diri kita semasa dalam persahabatan, mungkihkah mereka akan melihat atau ternampak dengan sendiri masalah yang ada di dalam diri kita ? Tidak mungkin, kecuali si dia mempunyai anugerah untuk melihat isi hati. Di sini kita dapat lihat, permasalahan hipokrit juga dapat menjadi punca stress yang berlebihan, berikutan masalah ialah salah satu punca yang menyebabkan stress. Kesinambungan yang kompleks bukan ?

Selain itu juga, hipokrit juga ialah salah satu faktor permulaan pergaduhan jangka masa panjang. Andai kata kamu sememangnya tidak menyukai seseorang, tetapi kamu bertindak atau menunjukkan sifat seperti  sedang menyukainya. - dengan terpaksa. Agak lah kan, apa yang akan terjadi, jika sesuatu hal yang membuatkan kamu ada alasan untuk tinggalkan dia ? Ya, iaitu bergaduh dengan kemenangan di pihak kamu, dan kamu ada hak untuk tinggalkan dia dengan selamat tanpa dapat disoal kembali oleh individu tersebut.

Kesimpulannya, walaupun hipokrit, dapat menjaga hati dan perasaan orang lain, dapat menonjolkan diri di kalangan sahabat, dan juga dapat memenuhi kehendak fikiran, namun lambat laun, ianya akan memakan diri sendiri dan lebih teruk akan menyakiti orang sekeliling.

Monday, September 3, 2012

Aku Milik Kamu

 

Perlumbaan Mengejar Bahagia

Hakikatnya, kebahagiaan yang ingin dikecapi setiap manusia adalah kebahagiaan yang hakiki. Kebahagiaan yang ingin kita nikmati di dunia sampai Syurga nanti.

Ramai manusia berusaha untuk bahagia. Namun, tidak ramai yang mengecapi nikmatnya. Ramai manusia mencari bahagia di celahan wang ringgit dan kumpulan harta; kereta yang mewah sebagai koleksi, rumah yang bertingkat-tingkat tidak cukup dengan satu, pakaian yang berjenama setiap bulan dibeli baru. Ada juga yang mencari bahagia dengan pangkat, gelaran dan nama. Ada yang ingin bertemu bahagia apabila namanya popular disebut-sebut manusia.

Mungkin, kebahagiaan yang dijumpai itu hanya sekejap waktu andai ia tidak disandarkan kepada Yang Maha Kekal, iaitu Allah, Tuhan sekalian alam.

Kebahagiaan itu hanya bersifat hakiki apabila ia disuburkan dengan bajaan Iman dan Islam. Apabila hati sentiasa beroleh ketenangan bersama Tuhan. Kebahagiaan tanpa ada Allah di hati ibarat suatu nikmat yang hanya datang seperti angin lalu. Hanya sesekali singgah menyapa. Namun, tidak dapat digenggam oleh hati. Biarpun, manusia berlumba mengejar kebahagiaan yang hakiki, ia tidak akan dapat digapai ketika hilang Allah sebagai Ilah, ketika keimanan tidak menjadi baja yang menyuburkan bunga-bunga kebahagiaan.

Kebahagiaan adalah suatu nikmat yang tidak terhingga. Kebahagiaan hakiki adalah kebahagian yang berakar umbi dari hati. Ia umpama bunga-bunga yang tumbuh mekar di kebun hati yang tenang, di sisinya adalah kolam jiwa yang lapang.




Kebahagiaan itu datang dari hati.

Kebahagiaan itu datang bersama ketenangan.

Kebahagiaan itu datang bersama jiwa yang lapang.