Sunday, September 9, 2012

Hypocrite!


Hipokrit, ialah satu kata sifat bagi seseorang yang sedang bertindak tidak selaras dengan hati atau menyembunyikan perilaku yang sebenar dengan tanpa niat untuk berubah. Mudah difahami, seseorang yang sedang berlakon menjadi orang lain, sedangkan sikap yang sebenar adalah berlainan. Hipokrit dalam islam, lain maksudnya.


Persahabatan, perkara pertama yang mempunyai banyak kaitan dengan perkara hipokrit. Sama ada hipokrit dalam layanan, percakapan, ataupun tingkah laku semasa bersahabat.

Hipokrit dalam persahabatan akan menjejaskan kesefahaman antara sahabat , dan lambat laun,kemesraan dalam persahabatan akan hilang. Daripada nilai kuantitatif yang terkumpul di dalam kebanyakan laporan permasalahan rumah tangga ialah berpunca daripada salah faham. Masakan perhubungan yang kuat, diiktiraf, dan mengenali antara satu sama lain seperti 'rumah tangga' pun goyang kerana salah faham, inikan pula persahabatan yang terjalin hanya daripada berkenalan.

Penting dalam persahabatan untuk dimulakan dengan sifat yang ikhlas dan telus. Ini akan memudahkan proses untuk mengenali antara satu sama lain, dan kemesraan akan muncul jika kena pada caranya, dan orangnya. Tidak semua orang sama, mungkin bagi sesetengah orang, pendiam itu bagus untuk dibuat kawan, manakala mungkin bagi yang lain, yang aktif itu pula bagus untuk dibuat kawan. Jadi, tunjukkan diri yang sebenar semasa bersahabat, dan insyaAllah, ukhwah yang terjalin akan selamat. 

Tetapi, jika kita tidak tunjukkan siapa diri kita semasa dalam persahabatan, mungkihkah mereka akan melihat atau ternampak dengan sendiri masalah yang ada di dalam diri kita ? Tidak mungkin, kecuali si dia mempunyai anugerah untuk melihat isi hati. Di sini kita dapat lihat, permasalahan hipokrit juga dapat menjadi punca stress yang berlebihan, berikutan masalah ialah salah satu punca yang menyebabkan stress. Kesinambungan yang kompleks bukan ?

Selain itu juga, hipokrit juga ialah salah satu faktor permulaan pergaduhan jangka masa panjang. Andai kata kamu sememangnya tidak menyukai seseorang, tetapi kamu bertindak atau menunjukkan sifat seperti  sedang menyukainya. - dengan terpaksa. Agak lah kan, apa yang akan terjadi, jika sesuatu hal yang membuatkan kamu ada alasan untuk tinggalkan dia ? Ya, iaitu bergaduh dengan kemenangan di pihak kamu, dan kamu ada hak untuk tinggalkan dia dengan selamat tanpa dapat disoal kembali oleh individu tersebut.

Kesimpulannya, walaupun hipokrit, dapat menjaga hati dan perasaan orang lain, dapat menonjolkan diri di kalangan sahabat, dan juga dapat memenuhi kehendak fikiran, namun lambat laun, ianya akan memakan diri sendiri dan lebih teruk akan menyakiti orang sekeliling.

No comments:

Post a Comment