Susahkah untuk berfikiran positif?
Setiap yang senang, pasti menjadi senang kerana Anda tahu caranya. Begitu juga dengan sikap berfikiran positif.
Pertama sekali, niatkan di dalam hati Anda memilih untuk jadi orang berfikiran positif.
Selepas itu, barulah terbuka jalan untuk Anda mempelajari cara untuk berfikiran positif.
Kita sebagai manusia ada sekeping hati. Niat terletak di hati. Apa yang ada di hati, itulah yang akan naik ke minda.
Bila Anda sudah berniat mahu menjadi orang berfikiran positif, usaha Anda untuk membina kepositifan diri akan dipermudahkan seolah-olah ada satu kuasa memandu pencarian Anda. Apa saja tips yang Anda cari, Anda akan jumpa tanpa banyak masalah.
Itulah permulaannya. Untuk mengatasi situasi kesusahan membentuk diri Anda menjadi insan berfikiran positif, perbetulkan niat.
Kaji sebab kenapa Anda nak berfikiran positif. Dari situ, Anda akan menemui motivasi,iaitu dorongan untuk Anda merubah diri menjadi insan berfikiran positif.
Fikir apa yang mendorong Anda mahu jadi orang berfikiran positif.
Setiap orang punya sebab tersendiri kenapa mahu jadi orang berfikiran positif, begitu juga Anda. Kebanyakan dari kita mahu berfikiran positif sebab kita mahu berjaya.
Kita pasang niat mahu jadi orang berfikiran positif kerana mahu merubah hidup.
Setiap orang berjaya dulunya orang susah juga namun mereka berjaya mengubah hidup simply sebab mereka meniatkan di dalam hati mahu merubah hidup.
Dari niat merubah hidup, mereka merubah diri menjadi orang berfikiran positif.
Jika Anda mahu merubah hidup menjadi semakin baik, mahu merubah sikap menjadi semakin baik, mahu merubah pencapaian jadi bertambah baik, ubah diri terlebih dahulu.
Jadilah orang berfikiran positif.