Friday, October 12, 2012

Lots of Love


 
  • Sentiasa melayan pasangan anda dengan baik. Maksud melayan pasangan anda dengan baik adalah anda layan si dia dengan rasa hormat dan tidak menyakiti hati pasangan anda sama ada melalui emosi atau fizikal.
  • Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda dan jangan biarkan dia seorang sahaja yang berusaha merapatkan diri dengan anda melalui komunikasi. Ajak pasangan anda untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati masing – masing dan bantu pasangan anda untuk mencapai impiannya.
  • Jaga maruah diri anda ketika bersama dengan si dia terutama jika anda seorang wanita. Jika ingin keluar bersama dengan si dia, eloklah anda keluar dalam jumlah yang ramai. Jika anda terlalu kerap berdua – dua dengannya, rasa cinta akan bertukar menjadi bosan.
  • Hormati perbezaan antara dan si dia dan jangan sesekali mendabik dada kononnya anda lebih baik dari si dia. Jika si dia datang dari keluarga yang lebih miskin dari anda, anda jangan sesekali sakiti hati dia dengan menghina orang – orang miskin.
  • Nyatakan persediaan untuk membawa hubungan cinta anda pada tahap yang lebih tinggi. Contohnya  merancang pertunangan dan perkahwinan dengan pasangan anda. Apabila anda merancang untuk bertunang ataun berkahwin dengan pasangan anda, anda secara tidak langsung memberi komitmen pada pasangan anda. Komitmen pula akan menguatkan rasa cinta antara anda berdua.
  • Pergaduhan pasti akan berlaku antara anda dan pasangan anda. Apabila ia berlaku, anda terus cari jalan penyelesaian. Jangan biarkan api yang kecil menjadi lebih besar.
  • Sentiasa bersangka baik dengan pasangan anda dan sentiasa membalas budi baik yang pasangan anda beri pada anda. Apabila anda melakukan perkara yang bak terhadap pasangan anda, anda akan rasa bahagia jika si dia membalas perbuatan baik tersebut dengan kebaikan. Jangan cemburu melampau sehingga si dia rasa terkongkong apabila bersama dengan anda

2 comments: