Wednesday, October 3, 2012

Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa



Senyuman boleh membuatkan orang sekeliling gembira dan senang hati. Senyum juga merupakan penawar pada yang berduka. Tetapi Awas! senyum juga punyai maksud tersendiri.
  • Senyum sinis/ egois- boleh buatkan orang sakit hati.
  • Senyum menggoda- untuk menggoda seseorang.
  • Senyum ketabahan- dari seseorang yang punyai masalah dan tabah menghadapi dugaan.
  • Senyum tegar- Ingatkan blogger sahaja tegar. Sentiasa menghiasi bibir dan punya kekuatan dalam hidup walaupun hadapi masalah berat, tetap tersenyum.
  • Senyum ketulusan- Datang dari hati untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang.

"Kenapa perlu senyum?"


1. Dapat hilangkan stress.
Kadang kala kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut.



2. Wajah berseri
Senyuman adalah perhiasan batin yang dapat mengindah dan menyerlahkan perhiasan zahir yang sempurna.

"Wajah pakcik berseri x? haha"
3. Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.


4. Mengubah perasaan.Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana dikhuatiri terputus benang terbuka jahitan.


5. Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum.


6. Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.


7. Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.


8. Menarik.
Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka? Jika terpaksa, apa boleh buat. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama.


9. Sedekah
Senyuman itu satu sedekah. Senyumlah selalu kerana ia tidak akan pernah merugikan kamu!!! Ia bukan sahaja menceriakandiri kita, bahkan orang yang berada di sekeliling kita.  


10. Tidak Sombong
Percaya atau tidak, kalau kita tersenyum membuatkan orang rasa kita tidak sombong dan mesra alam. Orang pun suka nak berkawan dengan kita. Cuba kalau kita sentiasa masam muka, mesti ada pra-sangka negatif orang terhadap diri kita kan? Nak tegur pun rasa takut.. haha

No comments:

Post a Comment