Sunday, March 25, 2012

Teamwork!

 

What is teamwork?

Jika sebatang lidi ditegakkan dan hanya dengan sedikit tekanan sahaja sudah cukup untuk mematahkan lidi tersebut. Jika sebatang lagi lidi ditambah, maka tekanan yang diberikan perlu ditambah namun masih lagi sedikit. Jika lima batang lidi dirapatkan, maka tekanan yang perlu diberikan lebih besar berbanding tekanan pada peringkat awal tadi untuk mematahkan lidi-lidi tersebut.

Itu hanyalah perumpamaan di mana sekiranya kita bekerja ataupun berusaha secara berseorangan, maka tekanan ataupun halangan yang mendatang amat cepat untuk menewaskan kita. Akan tetapi, jika kita bekerja secara berpasukan, minda dan emosi kita akan lebih kuat berbanding kita berseorangan.
Lewat ini ramai yang tidak sedar dan cuba meminggirkan keutamaan bekerja dalam satu pasukan. Mereka merasakan lebih selesa untuk membuat segala kerja bersendirian. Ada yang memaklumkan hasil kerja yang dilakukan secara individu lebih berpuas hati berbanding dilaksanakan dalam bentuk kumpulan. Mereka juga tidak menaruh kepercayaan yang tinggi kepada orang lain untuk melaksanakan tugas sepertimana yang mereka biasa lakukan.

Antara asam dan garam adanya kemanisan

Baiklah, maksud sebenar saya di sini adalah bukannya program itu yang dijadikan sebagai ukuran. Apa yang menjadi keutamaan di sini adalah nilai sebuah kerjasama dalam sesebuah kumpulan.
Tidak dinafikan, dalam tiga puluh orang yang berada di dalam kumpulan itu ada juga yang curi tulang dan ada juga yang suka cakap-cakap belakang. Itulah antara kebaikan dan keburukan bekerja dalam kumpulan. Akan tetapi peranan sebagai seorang ketua di sini amat penting dan tindakan segera perlu diambil bagi menjernihkan keadaan.
Cuba anda bayangkan, jika saya melakukan kesemua tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh tiga puluh orang itu tadi, adakah program itu akan berjaya? Tentu sekali tidak!
Seorang ketua pasukan yang berkaliber dan efektif perlu memiliki ciri-ciri seperti yang berikut : 
1.Berpengetahuan2.Menerima pandangan orang lain3.Ingin belajar dan memperbaiki4.Berani mengambil risiko5.Fokus kepada kerja6.Belajar dari kesilapan7.Sanggup mengajar dan melatih ahli pasukan8.Mengimbangi tradisi dengan perubahan9.Berfikiran terbuka10.Menjadi mentor dan teladan 


Pilihlah untuk berkerja dan melakukan sesuatu secara berkumpulan. Anda akan lebih bertenaga, berkeyakinan dan penuh inspirasi untuk mencapai lebih banyak kejayaan serta kekayaan di masa akan datang.
Henry Ford, pengasas syarikat motor Ford berkata, “Seiring sejalan adalah satu permulaan, sehati sejiwa adalah satu perkembangan, berganding bahu adalah satu kejayaan.” 

Wonderpets pun faham

Pasti anda akan mengaitkan tajuk entri kali ini dengan siri kartun berjudul Wonderpets! Ramai rupanya peminat setia siri kartun ni. Saya pun syok jugak layan bila ada masa lapang. Anda mesti layan jugak kan?

Wonderpets pun tahu kepentingan bekerja dalam pasukan, anda bagaimana? 


No comments:

Post a Comment