Tuesday, March 27, 2012

Time for change



Cepat atau lambat perubahan berlaku, itu bergantung pada sekuat mana kemahuan Anda nak berubah.
Jika Anda dah serik dilanda berbagai masalah dan ditimpa berbagai kesusahan kesan dari fikiran-fikiran negatif yang bersarang di minda Anda, maka seharusnya kekuatan yang lahir dari kemahuan membara pasti dapat membuat perubahan berlaku dengan cepat.
Pilih untuk menjadi orang berfikiran positif, supaya perubah kepada fikiran positif menjadi kekal. Berubahlah kerana Anda mahu menikmati kehidupan yang lebih gembira, lebih tenang dan lebih mendamaikan. Itu niat yang baik.
Jangan berubah dari fikiran negatif ke fikiran positif hanya kerana Anda mahu mengalahkan seseorang, bersaing dengannya atau hanya mahu menunjuk-nunjuk pada orang-orang disekeliling Anda. Sikap begitu adalah sikap yang akan menghalang perubahan kekal dari fikiran negatif ke fikiran positif.
Perubahan diperlukan dalam kehidupan kita, ia juga dituntut di dalam Islam. Perubahan yang dimaksudkan adalah dari kejahatan ke arah kebaikkan dan bukanya dari kebaikkan ke arah kejahatan. Oleh itu lakukan perubahan dengan 3 'M'.

1. Mulakan dengan diri sendiri

Mengapa perlu kita mengubah individu lain sedangkan diri kita sendiri yang tidak berubah. Oleh yang demikian jika kita hendak orang lain berubah maka kita harus mulakan dengan diri kita terlebih dahulu. Jika kita hendak orang jujur dengan kita, maka diri kita perlu jujur terlebih dahulu. Apa pun mulakan perubahan untuk diri sendiri dahulu.

2. Mulakan dari hal yang kecil

Hal-hal yang kecil yang menjadi kesanggupan kita terlebih dahulu, itulah yang perlu kita ubahkan barulah kita pergi kepada hal-hal yang besar. Kita harus ingat, ia mungkin kecil bagi kita tetapi di sisi Allah ia sesuatu yang besar. Oleh itu, mulakan dengan hal yang kecil.

3. Mulakan di saat ini

Kita tidak tahu sama ada kita hidup atau tidak pada hari esok, oleh yang demikian lakukanlah perubahan pada saat ini juga. Jika ditangguhkan, siapa tahu kita tidak sempat untuk berubah maka dengan itu sia-sialah hidup kita di atas muka bumi ini.

"Sometimes you just need to put the past away and move on with your life.."

No comments:

Post a Comment