Wednesday, March 28, 2012

Kenali member-member korang!

Rambut sama hitam.,Hati lain-lain :DTapi yang peliknya, walaupun kita lain-lain, tapi yang satu tu tetap kita sama, KAWAN..

Jenis member:

Kawan makan kawan.


Term kawan makan kawan ni dah lali sangat aku dengar. Jenis yang macam ni dia selalu ambil kesempatan kat kita. Tak kira la time tu kita tengah senang atau susah. Apa yang penting bagi dia, dia selamat dan hidup senang. Jenis yang ni jugak suka ceritakan keburukan kita pada orang lain. Kalau korang ada maklumat yang nak disebarkan dengan cepat dan eficient, korang cari je orang yang jenis macam ni.


Kawan tak berapa nak makan kawan.

Bagi term yang ni pulak, dia bukan jenis yang selalu amek kesempatan kat kita. Tapi bila sampai satu masa tu dia terdesak sangat, dia akan makan kita jugak. Maksudnya, dia akan ambil kesempatan kat atas diri kita bila perlu.


Kawan batu.

Ini term bagi pada kengkawan korang yang jenis tak kisah apa pun yang terjadi. Bagi mereka, korang nak buat ape tu korang punye pasal  asalkan korang tak ganggu hidup diorang ni tadi. Korang boleh umpamakan yang korang tengah bercakap dengan spender yang lembap di ampaian. Angin bertiup kuat mane pun, kat situ jugaklah duduknya spender tu. Aku rasa dalam dunia ni memang banyak yang spesies macam ni. Maybe diorang ni layak kawan dengan batu je agaknya.


Kawan bila perlu.

Kawan bila perlu ni umpama doraemon. Maksudnya bila si nobita perlukan bantuan sampai menangis-nangis baru la si doraemon ni tadi datang hulurkan pertolongan. Maksudnya, selagi korang tak mintak pertolongan, jangan harap la dia ni nak tolong korang. Tapi korang kena tahu. Time korang senang, dia ni memang tak wujud. Mungkin dia ni jenis yang tak ambil kesempatan pada kesenangan korang tu.


Kawan yang baik.

Lastly, jenis kawan yang diidamkan oleh semua orang. Ciri kawan yang baik ni senang je. Bilamana korang melihat atau teringat padanya, korang akan ingat pada kebaikan. Dia kawan yang ada time kita susah dan senang. Dia sudi menghulurkan bantuan tanpa dipinta. Dia  juga akan cegah kita daripada membuat keburukan dan akan bersama-sama dengan kita dalam membuat kebaikan. Yang bestnya, dia adalah penyimpan rahsia yang terbaik.



Kawan yang hanya mendapatk an manfaat dari kita.


Kawan jenis ni, akan meninggal kan kita bila dia merasa kita ni dah tak
berguna padanya. Kawan jenis ni ramai. Kawan jenis ni selalu memaksa
kita menghulur kan bantuan, jika kita setuju menolongn ya, dia akan redha
dengan kita dan jika kita menolak untuk menolong, dia akan membenci kita.



Kawan berserono k.


Kawan jenis ni berkawan dengan kita hanya kerana dia seronok bersemban g, berteman dan lain-lain dengan kita sedangkan dia tidak pun memberi manfaat kepada kita. Kita dan dia tidak saling memberi manfaat untuk satu sama lain. Berkawan dengannya hanyalah membuang masa. Hati-hati dengan kawan jenis ini, kerana ia hanya membazir waktu kita.



Kawan yang memberi manfaat kepada kita dan menjauhka n darurat daripada kita. 


kawan jenis ini, adalah kawan yang membawa kepada kebaikan dan menjauhka n kita dari perkara buruk. Dia membuka untuk kita, pintu-pintu kebaikan dan membimbin g kita kepada kebaikan. Peliharal ah sungguh-sungguh hubungan dengan kawan jenis ini.









No comments:

Post a Comment